Wednesday 14 March 2012

Keterangan LOGO PRS



Saya yakin anda semua mempunyai minat & juga kebolehan untuk memimpin. Anda semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Teruskan bergerak aktif dalam PRSP, banyak aktiviti boleh dijalankan dan pastinya setiap aktiviti akan membantu menambah luaskan pengalaman anda disamping menjadikan anda semua bertambah matang dalam segala sudut.  Gerakkanlah PRSP PJB, mantapkan dan tunjukkan kesatuan (unity) semua AJK juga ahli-ahlinya kepada semua bahawa anda adalah diantara ikon terbaik yang pernah dihasilkan oleh PRSP PJB. 
Tapi, Adakah anda tahu maksud disebalik Logo PRSP yang digunakan oleh kita...??? Adakah anda tahu siapa pencipta & mereka Logo PRSP…???  Adakah anda tahu bila ia dirasmikan…??? Adakah anda tahu…??? Tidak lengkaplah jika anda sebagai ahli PRSP semua hanya mengenali Logo PRSP tapi tidak pernah memahami maksud penting disebaliknya.

Logo PRSP yang kita gunakan sekarang merupakan hasil rekaan, ciptaan & inovasi dari Encik Kamal Bin Dardak, yang merupakan Pegawai Kaunseling PRSP PJB pada ketika itu (2004). Beliau mula tercetus untuk mereka LOGO PRSP kerana pada ketika itu beliau melihat PRSP perlu ada sebuah  identity dalam melahirkan ahli PRSP  yang lebih berketrampilan & berdaya saing dalam melahirkan Siswa-Siswi yang cemerlang dalam bidang akademik, intelektual & sahsiah.

Maka tercipta Logo PRS yang bersesuaian dengan konsep PRS-PRIHATIN,RAMAH,SETIAKAWAN. Cuba anda Amati logo PRSP, it just looks like a smiling face with 2 big eyes and it is symmetrical. Maka untuk memastikan ahli PRSP merupakan seorang yang cemerlang, maka dimasukkan  nilai-nilai Balace in Life, Harmony in Life & Focus in Life. Bentuk PRS didalam logo itu 

1.      Menggambarkan ahli PRSP yang tersenyum (Harmony in Life).
2.      Bentuk seakan mata gabungan P,R & S (Focus in Life).
3.      Berpaksi simetri (Balance in Life).

Dan akhirnya, Logo PRSP  ini dirasmikan pada tahun 2005 di Dusun Eco Resort sempena KONVENSYEN PRSP MALAYSIA. Selepas itu semua PRSP di Malaysia mula menggunakan Logo ini sebagai lambang identity PRSP. Tugas anda, anda dikehendaki perlu sentiasa ingat bahawa Logo PRS membawa 3pengertian: 

1.      Harmony in Life.
2.      Focus in Life.
3.      Balance in Life.

0 Komen:

Post a Comment