• Kunjungan Delegasi PRSP PMS,PSIS dan PIS

    Kunjungan DELEGASI PRSP ini telah diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS. Kunjungan ini terdiri daripada PMS, PSIS dan PIS. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya Ice Breaking yang telah disampaikan oleh Cik Farah, penyediaan modul oleh para peserta, permainan membuat layang-layang di Stadium Layang-layang, Malam seribu bulan dan acara kemuncak iaitu Diskusi PRSP.

  • Kem Kepimpinan Pengawas dan PSS di SK Chanis

    At Kem Kepimpinan Pengawas dan PSS yang dianjurkan oleh pihak sekolah Chanis. Beberapa orang ahli PRS telah menjadi Fesilitator pada kem tersebut.Pelbagai aktiviti dan modul menarik telah disampaikan kepada pelajar sekolah tersebut.

  • Minggu Suai Kenal Pelajar

    Minggu Suai Kenal bagi pelajar baru Politeknik Muadzam Shah.MSK ini telah dihandle oleh ahli PRS serta beberapa orang ahli JPP. MSK ini berjalan selama seminggu.

Thursday, 5 April 2012

Kem Kepimpinan SMK Chanis


Ketua fasilitator memberikan penerangan kepada para pelajar.


Fesi akan membahagikan kad terup kepada pelajar untuk membahagikan kumpulan secara adil. Para pelajar akan dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan akan dijaga oleh 2 orang fesi.


Fesi akan menjalankan LDK1 dalam kumpulan masing-masing. LDK merupakan latihan dalam kumpulan untuk memupuk semangat berkumpulan.

Aktiviti 1 – Ice breaking
Ice breaking atau dikenali sebagai kenali rakan anda. Para peserta diminta untuk memperkenalkan diri kepada rakan -rakan yang ada dalam kumpulan.


Aktiviti 2 –Bina topi
Setiap kumpulan dikehendaki membina topi untuk melambangkan identiti kumpulan masing – masing mengikut kreativiti masing – masing.


Aktiviti 3 – trademark
Setiap kumpulan dikehendaki untuk membina trademark kumpulan.


1:00 -2:30 Am
Aktiviti akhir malam ini ialah Night Walking para pelajar akan bergerak di dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan ditemani Fasilitator.


Kesimpulan hari pertama ialah para pelajar berbeza perangai. Pada hari pertama ini hampir keseluruhan para pelajar bersikap pasif dan malu – malu. Para fasilitator akan membimbing mereka supaya hilang sifat gementar dengan melakukan aktiviti seperti ini.


Hari kedua
25 Januari 2012 – Sabtu.

7:00 – 8:30AM Para peserta bersiap untuk melakukan riadah iaitu Explore Race.

                                                                  

Para pelajar dan Fasilitator sedang bersarapan untuk mengikuti program seterusnya.

8.30 – 12.30 PM
Explore Race bermula.
Para peserta sedang dengar taklimat untuk Explore Race.
Dalam aktiviti ini Fasilitator juga akan terlibat sama  sebagai peserta.

Check point pertama
Para peserta diminta untuk membersihkan ladang kambing sehingga bersih. Setelah bersih para peserta diminta untuk memberi susu kepada anak kambing satu botol seekor. Setelah siap para peserta diminta supaya membiarkan kambing tersebut untuk menjilat tangan mereka.


Check point kedua
   Para peserta diminta menggunakan straw minuman dengan ketinggian 60cm untuk membina bangunan yang cukup kukuh bagi menampung kayu yang disediakan. Para peserta diberi straw, pita pelekat dan gunting.


Setelah berjaya menyelesaikan tugasan membina bangunan mengunakan straw.

Check point ketiga ialah kumpulan diminta untuk makan telur mentah sebanyak 2 biji di rumah Cikgu. Dua orang diminta untuk mewakili kumpulan.


            Check point ke empat ialah memancing para peserta diminta untuk mendapat dua ekor ikan dalam masa 15minit jika gagal mendapatkan ikan dalam masa tersebut peserta dibar 20 minit. Peserta diberi alat pancing. Umpan dikehendaki mencari sendiri.




Peserta meletakkan umpan di mata kail


            Check point ke lima ialah Baca Peta. Dalam aktiviti ini peserta diminta untuk membaca peta mengikut darjah yang diberi. Alatan diberi bacaan darjah dan kompas.
Aktiviti membaca kompas.








            Check point terakhir ialah telefon karat. Para peserta diminta untuk beratur satu barisan panjang dan orang paling depan akan ingat semua perkataan dan akan past ke belakang dan begitu lah seterusnya.

1:00 – 5:00 PM

Peserta diberi rehat untuk menjalani aktiviti seterusnya.

5:00 – 6:00 PM
            Aktiviti seterusnya ialah Jungle Tracking para Fasilitator akan menjaga para pelajar dari segi keselamatan. Track Jungle Tracking akan ditentukan oleh penganjur dan pemilik kem ini.
Kawasan ini adalah hutan di ladang kelapa sawit.

 Pelajar diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti ini.



Jungle Tracking berakhir.                                                   .
6:00 – 9:00 PM
 Para peserta diberi rehat untuk aktiviti bersama fasilitator malam.


9:00 – 10:30 PM  - LDK 2

Aktiviti 1 – Spontan

Aktiviti ini untuk melihat secara spontan pelajar apabila kita menyuruh mereka tampil secara spontan dengan melantik mengikut turutan.
1.      Ketua kumpulan.
2.      Penolong kumpulan.
3.      Setiausaha.
4.      Bendahari.


            Para pelajar yang bersungguh untuk menjawab soalan yang diberi.



Aktiviti 3 – Cungkil Bakat Pemimpin.
   Aktiviti 3 bertujuan untuk  menerapkan element berani dan sporting dalam diri pelajar. Tapi nak jadi seorang pemimpin tak senang, mereka haruslah tampil kehadapan untuk membuktikan mereka seorang yang berani. Ketua fasilitator akan tanya soalan tertentu dan mereka akan tampil. Soalan yang ditanya bukan untuk memalukan mereka tetapi untuk mereka bersikap lebih berani.

Kesimpulan hari Kedua.
            Kesimpulan dari Fasilitator tentang ialah dengan melakukan aktiviti seperti ini kita boleh nampakkan perangai masing – masing berbanding hari pertama pelajar sedikit bersifat malu-malu. Dari segi kerjasama kita boleh lihat apabila mereka saling berkerjasama antara kumpulan. Dalam aktiviti yang dilakukan kita boleh lihat keberanian mereka untuk tampil berbeza dengan hari pertama.
            Kesimpulan dari pelajar pula mereka dapat melihat perubahan diri mereka. Mereka merasakan mereka lebih berkeyakinan dan hilang gementar apabila berada dihadapan. Tambahan pula, mereka dapat belajar kerjasama antara kumpulan dan menguruskan masa dengan betul.


Hari Ketiga (terakhir)

Pada jam 7:00 pagi hingga 10:00 pagi para pelajar diberi masa untuk bersiap dan kemaskan kemah untuk pulang ke tempat masing-masing.


         10:00 – 12:00 AM
                            Majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & PSS dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih dari Guru SMK Chanis. Disusuli dengan ucapan oleh Pensyarah dari Politeknik Muadzam Shah dan bacaan Doa dari pelajar sekolah SMK Chanis. Seterusnya adalah ucapan penutup dari Pengetua SMK Chanis. Diakhiri oleh pembahagian hadiah kepada pemenang aktiviti dan cendarahati kepada para Fasilitator.       





Barisan orang terpenting dalam program ini.







6.0              PENUTUP
   Dengan program seperti ini kami dapat mencapai objektif progam iaitu merapatkan silaturrahim antara Fasilitator PRS dengan pelajar sekolah dengan mengadakan aktiviti yang menarik. Disamping, menarik minat para pelajar untuk memasuki Politeknik Muadzam Shah dan menyediakan satu platform untuk para ahli dan pelajar tersebut menunjukkan ciri kepimpinan. Oleh itu kami dapat melihat bahawa program seperti ini  dapat mencapai sasaran dan objektif yang telah pun ditetapkan.

.

   




Read More

Delegasi PRSP PMS,PIS,PSIS

LAPORAN KUNJUNGAN DELEGASI ANTARA PMS , PIS , DAN PSIS
PADA 10 – 12 FEBUARI 2012

Pada hari jumaat  yang bertarikh 10.02.2012 telah diadakan satu kunjungan delegasi antara Kelab Pembimbing Rakan Siswa dari tiga buah politeknik . Antara politeknik yang terlibat adalah Politeknik Muadzam Shah , Politeknik Ibrahim Sultan , dan juga Politeknik Sultan Idris Shah . Ahli jawatankuasa dan ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Muadzam Shah telah berkumpul di hadapan kafe utama pada jam 3.00 petang . Ahli yang terdiri daripada 23 orang telah diberikan satu borang untuk diisi oleh penasihat kelab iaitu Encik Affandi . Tepat jam 3.15 petang kami semua telah bertolak ke Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru . Perjalanan yang memakan masa selama  5 jam telah kami lalui dengan pelbagai cabaran antaranya ialah ada pelajar mengalami muntah , pening , dan sebagainya . Setelah beberapa jam perlajanan, kami akhirnya telah tiba di destinasi yang ditunggu – tunggu selama ini iaitu di Politeknik Ibrahim Sultan , Johor Bahru dengan selamat . Kami disambut dengan penuh kegembiraan dan kedatangan kami disambut oleh beberapa orang  wakil politeknik tersebut . Mereka begitu ramah dan mesra melayan kami sehingga kepenatan yang dirasai hilang dek layanan tersebut . Sebelum dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk diberi tempat  penginapan , kami  diberikan sedikit penerangan ringkas mengenai aktiviti dan pembahagian tempat penginapan oleh ketua program yang juga wakil daripada Politeknik Ibrahim Sultan . Setelah selesai penerangan kami depecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan dorm oleh pihak tuan rumah . Setelah itu , kami dipanggil untuk supper  dan mengadakan sedikit perbincangan untuk persembahan di kantin politeknik tersebut . Selesai makan , peserta daripada Politeknik Muadzam Shah telah diberikan masa untuk mengadakan perbincangan mengenai persembahan untuk Malam Seribu Bulan . Kami yang terlibat dengan persembahan telah berlatih bersungguh – sungguh pada malam itu dan berbincang beberapa perkara  mengenai sesi diskusi yang akan diadakan . Selama 3 jam kami berbincang akhirnya kami pulang ke dorm masing – masing . Keesokan harinya seawal jam 5 pagi kami telah berkumpul di masjid utama untu menunaikan solat subuh berjemaah bersama – sama . Selesai solat berjemaah , kami bergerak ke kantin utama untuk sarapan . Tepat jam 9.00 pagi kami bergerak pula ke bilik seminar yang boleh memuatkan seramai 100 orang untuk slot yang pertama iaitu sesi pekenalan . Kami dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan . Setelah siap dipecahkan lelaki dan perempuan , kami diberi sedikit taklimat aktiviti oleh penasihat kelab dari Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Cik Farah . Setelah selesai kami diberikan aktiviti oleh Cik Farah iaitu satu permainan yang dikenali sebagai “Football” . Selain itu kami juga telah mengikuti sesi suaikenal .
Selepas itu pula , Cik Farah telah memberikan “ Kad Daun Terup “  untuk pembahagian kumpulan . Kami diminta untuk memilih kad tersebut dengan cara rawak dan akhir sekali kami diminta mengikut nombor dan simbol pada kad tersebut untuk menjadi kumpulan .

AKTIVITI MEMBUAT LAYANG – LAYANG PADA 11 FEBRUARI 2012 BERTEMPAT PADANG LAYANG LAYANG PASIR GUDANG , JOHOR BAHRU .
Pada hari khamis bertarikh 11.02.2012 , bertempat di Padang Layang- Layang Pasir Gudang , aktiviti menaikkan layang – layang telah diadakan bagi aktiviti riadah untuk program “Kunjungan Delegasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik ke Politeknik Ibrahim Sultan bersama Politeknik Sultan Idris Shah “. Setiap kumpulan yang terdiri dari pelajar PIS,PMS dan PSIS telah dibahagikan kepada 10 buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas majong , segulung kertas warna , beberapa batang lidi penyapu , tali , gam serta gunting .Aktiviti ini diketuai oleh PRS PSIS. Ketua setiap kumpulan akan diajar bagaimana untuk membuat layang- layang sebelum membuat bersama ahli kumpulan yang lain.
Aktiviti bermula pada pukul 5.30 petang sehingga pukul 6.45 petang.
                                                                                                                                                       
Gambar 1 : salah seorang ahli PRS sedang membetulkan tali layang-layang

Gambar2 : Ketua kumpulan sedang menerangkan cara hendak membuat layang – layang

MALAM 1000 BULAN PADA 11 FEBRUARI 2012 BERTEMPAT 
DEWAN UTAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 “ Malam 1000 Bulan “ diadakan untuk memperkembangkan kreativiti setiap ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik secara positif dan memperkenalkan energizer setiap Politeknik untuk dikongsi sesama ahli dari Politeknik yang lain . Selain itu ianya juga merangkumi daya pemikiran yang kreatif dan berinovasi  . Ini dapat ditunjukkan dengan adanya persembahan yang begitu menghiburkan serta memberi pengajaran yang berguna kepada peserta . Selain itu , “ Malam 1000 Bulan juga dapat membina semangat kerjasama dengan rakan – rakan baru serta meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kalayak ramai . Dengan adanya persembahan persembahan tersebut , kami lebih berkeyakinan dari segi komunikasi serta pergaulan . Selain itu juga kami dapat menyumbangkan idea kepada sesuatu perkara berdasarkan kreativiti tersendiri . Dengan bertukar – tukar pendapat , setiap ahli yang mengikuti delegasi ini berupaya  dan mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik . Antara persembahan yang mendapat pehatian adalah persembahan dari Politeknik Muadzam Shah , yang berkisah mengenai seorang ibu yang tidak mengaku anaknya . Selain itu , Politeknik Sultan Idris Shah mempersembahkan satu koir  yang begitu semangat . Semua yang terlibat pada malam tersebut dapat merasai perhubungan silaturahim yang dijalinkan begitu erat .

Read More

Wednesday, 14 March 2012

Senarai Nama AJK PRS


 MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN YAHYA 
 PRESIDEN

 KHAIROL IDAYU BINTI ZOLKAPLY 
 TIMBALAN PRESIDEN

 NURFARIHA BINTI ROSLIHAN 
 SETIAUSAHA 1

 NOR FAZLINA BTE ABD AZIZ 
 SETIAUSAHA 2

 NATASYA AMIRA BINTI ERINOFIALDI 
 BENDAHARI

 MOHAMMAD IQMAL BIN MOHAMMAD ISA 
 EXCO SUKAN

 MOHAMAD NORAZMIRUL ASHRAFF BIN AZIZI 
 EXCO DISIPLIN

 MOHAMAD GADDAFI BIN MOHAMED ASWARD 
 EXCO PERHUBUNGAN

 MUHAMMAD SYAHMI BIN SADAN 
 EXCO MULTIMEDIA

 MUHAMMAD NUR IMAN BIN AMBOK SULONG 
 EXCO KEROHANIAN

 NUR AQILAH BINTI MOHD HAMZAH
 EXCO KEBAJIKAN
  
 WARDAH BTE AHMAD AZIZI 
 EXCO AKADEMIK

 ZULAIKHA BT SAMSUDIN  
 EXCO TUGAS KHAS

 MOHD HALIM MAULA YUSOFF 
 EXCO JABATAN (JKM)

 IRAMALYANA BTE RUSDI  
 EXCO JABATAN (JPH)

 NOORUL ATIKAH BTE OSMAN  
 EXCO JABATAN (JRKV)

 NOR AZLIN BT MAT NOR  
 EXCO JABATAN (JTMK)

 AMALINA SYUHADAH BT ZOLKEPLE  
 EXCO JABATAN (JP)

                        

Read More

Lagu PRS




Giat Berusaha Mencapai Bahagia
Jati Diri Dibina
Membantu Rakan Sesama Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya
Kami Bukan Yang Terbaik
Dikalangan Terpilih
Kami Sebagai Modal Insani
Faham Erti Sejati
Kami PRS Seluruh Negara
Pembimbing Rakan Sebaya
Membina Visi Nan Suci
PRS Faham Sejati
Etika Kami Amalkan
Rahsia Tetap Digenggam
Prinsip Piagam Kami Amalkan
Maruah Di Pertahankan

(link download >>lagu prs)
Read More

Keterangan LOGO PRS



Saya yakin anda semua mempunyai minat & juga kebolehan untuk memimpin. Anda semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Teruskan bergerak aktif dalam PRSP, banyak aktiviti boleh dijalankan dan pastinya setiap aktiviti akan membantu menambah luaskan pengalaman anda disamping menjadikan anda semua bertambah matang dalam segala sudut.  Gerakkanlah PRSP PJB, mantapkan dan tunjukkan kesatuan (unity) semua AJK juga ahli-ahlinya kepada semua bahawa anda adalah diantara ikon terbaik yang pernah dihasilkan oleh PRSP PJB. 
Tapi, Adakah anda tahu maksud disebalik Logo PRSP yang digunakan oleh kita...??? Adakah anda tahu siapa pencipta & mereka Logo PRSP…???  Adakah anda tahu bila ia dirasmikan…??? Adakah anda tahu…??? Tidak lengkaplah jika anda sebagai ahli PRSP semua hanya mengenali Logo PRSP tapi tidak pernah memahami maksud penting disebaliknya.

Logo PRSP yang kita gunakan sekarang merupakan hasil rekaan, ciptaan & inovasi dari Encik Kamal Bin Dardak, yang merupakan Pegawai Kaunseling PRSP PJB pada ketika itu (2004). Beliau mula tercetus untuk mereka LOGO PRSP kerana pada ketika itu beliau melihat PRSP perlu ada sebuah  identity dalam melahirkan ahli PRSP  yang lebih berketrampilan & berdaya saing dalam melahirkan Siswa-Siswi yang cemerlang dalam bidang akademik, intelektual & sahsiah.

Maka tercipta Logo PRS yang bersesuaian dengan konsep PRS-PRIHATIN,RAMAH,SETIAKAWAN. Cuba anda Amati logo PRSP, it just looks like a smiling face with 2 big eyes and it is symmetrical. Maka untuk memastikan ahli PRSP merupakan seorang yang cemerlang, maka dimasukkan  nilai-nilai Balace in Life, Harmony in Life & Focus in Life. Bentuk PRS didalam logo itu 

1.      Menggambarkan ahli PRSP yang tersenyum (Harmony in Life).
2.      Bentuk seakan mata gabungan P,R & S (Focus in Life).
3.      Berpaksi simetri (Balance in Life).

Dan akhirnya, Logo PRSP  ini dirasmikan pada tahun 2005 di Dusun Eco Resort sempena KONVENSYEN PRSP MALAYSIA. Selepas itu semua PRSP di Malaysia mula menggunakan Logo ini sebagai lambang identity PRSP. Tugas anda, anda dikehendaki perlu sentiasa ingat bahawa Logo PRS membawa 3pengertian: 

1.      Harmony in Life.
2.      Focus in Life.
3.      Balance in Life.

Read More

Pengenalan PRS




Program Pembimbing Rakan Siswa(PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping melatih mereka membantu diri sendiri.
Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal.
Program ini berasaskan konsep bahawa rakan siswa merupakan orang yang paling rapat dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.
Program Pembimbing Rakan Siswa Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001. Program ini menekankan kepada konsep role model iaita bekas penagih yang berjaya mengikuti program Pembimbing Rakan Siswa dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.
Read More

Carta Organisasi PRS Sesi Disember 2012




Read More

Saturday, 10 March 2012

Kunjungan Delegasi PRSP PMS,PSIS, dan PIS












Read More

Konferensi PRSP (PMS,PSAS dan POLISAS)






Untuk makluman semua, PRS PMS akan menerima satu kunjungan konferensi dari PSAS dan POLISAS pada 30 Mac - 1 April 2012. Oleh yang demikian, Kami akan mencari seramai 20 orang peserta yang ingin menyertai Konferensi tersebut. Berikut butiran konferensi tersebut :

Tarikh  : 30 Mac - 1 April 2012
Tempat  : Politeknik Muadzam Shah
Penyertaan  : 20 wakil PMS
Kunjungan : PSAS dan POLISAS

Kepada AJK PRS, anda akan dilantik menjadi AJK pelaksana. 
Sekian,
-Bina Diri, Bantu Rakan-
Read More

Kursus Training Of Trainer (TOT)



Kelab Pembimbing Rakan Siswa akan mengadakan Kursus Training Of Trainer  (TOT) kepada mana-mana ahli yang masih belum mengikuti kursus ini. Kursus ini akan dijalankan  pada ketetapan berikut :



Tarikh : 23 - 25 Mac 2012
Hari - Jumaat - Ahad
Peserta : 35 Orang
Tempat : Cherating

Oleh itu, kepada yang berminat, boleh isi nama anda dengan kadar segera.
Terima Kasih.

-Bina Diri Bantu Rakan-
Read More