Ketua fasilitator memberikan penerangan kepada para pelajar.
Fesi akan membahagikan kad terup kepada pelajar untuk membahagikan kumpulan secara adil. Para pelajar akan dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan akan dijaga oleh 2 orang fesi.
Fesi akan menjalankan LDK1 dalam kumpulan masing-masing. LDK merupakan latihan dalam kumpulan untuk memupuk semangat berkumpulan.
Aktiviti 1 – Ice breaking
Ice breaking atau dikenali sebagai kenali rakan anda. Para peserta diminta untuk memperkenalkan diri kepada rakan -rakan yang ada dalam kumpulan.
Aktiviti 2 –Bina topi
Setiap kumpulan dikehendaki membina topi untuk melambangkan identiti kumpulan masing – masing mengikut kreativiti masing – masing.
Aktiviti 3 – trademark
Setiap kumpulan dikehendaki untuk membina trademark kumpulan.
1:00 -2:30 Am
Aktiviti akhir malam ini ialah Night Walking para pelajar akan bergerak di dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan ditemani Fasilitator.
Kesimpulan hari pertama ialah para pelajar berbeza perangai. Pada hari pertama ini hampir keseluruhan para pelajar bersikap pasif dan malu – malu. Para fasilitator akan membimbing mereka supaya hilang sifat gementar dengan melakukan aktiviti seperti ini.
Hari kedua
25 Januari 2012 – Sabtu.
7:00 – 8:30AM Para peserta bersiap untuk melakukan riadah iaitu Explore Race.
Para pelajar dan Fasilitator sedang bersarapan untuk mengikuti program seterusnya.
8.30 – 12.30 PM
Explore Race bermula.
Para peserta sedang dengar taklimat untuk Explore Race.
Dalam aktiviti ini Fasilitator juga akan terlibat sama sebagai peserta.
Check point pertama
Para peserta diminta untuk membersihkan ladang kambing sehingga bersih. Setelah bersih para peserta diminta untuk memberi susu kepada anak kambing satu botol seekor. Setelah siap para peserta diminta supaya membiarkan kambing tersebut untuk menjilat tangan mereka.
Check point kedua
Para peserta diminta menggunakan straw minuman dengan ketinggian 60cm untuk membina bangunan yang cukup kukuh bagi menampung kayu yang disediakan. Para peserta diberi straw, pita pelekat dan gunting.
Setelah berjaya menyelesaikan tugasan membina bangunan mengunakan straw.
Check point ketiga ialah kumpulan diminta untuk makan telur mentah sebanyak 2 biji di rumah Cikgu. Dua orang diminta untuk mewakili kumpulan.
Check point ke empat ialah memancing para peserta diminta untuk mendapat dua ekor ikan dalam masa 15minit jika gagal mendapatkan ikan dalam masa tersebut peserta dibar 20 minit. Peserta diberi alat pancing. Umpan dikehendaki mencari sendiri.
Peserta meletakkan umpan di mata kail
Check point ke lima ialah Baca Peta. Dalam aktiviti ini peserta diminta untuk membaca peta mengikut darjah yang diberi. Alatan diberi bacaan darjah dan kompas.
Aktiviti membaca kompas.
Check point terakhir ialah telefon karat. Para peserta diminta untuk beratur satu barisan panjang dan orang paling depan akan ingat semua perkataan dan akan past ke belakang dan begitu lah seterusnya.
1:00 – 5:00 PM
Peserta diberi rehat untuk menjalani aktiviti seterusnya.
5:00 – 6:00 PM
Aktiviti seterusnya ialah Jungle Tracking para Fasilitator akan menjaga para pelajar dari segi keselamatan. Track Jungle Tracking akan ditentukan oleh penganjur dan pemilik kem ini.
Kawasan ini adalah hutan di ladang kelapa sawit.
Pelajar diberi taklimat tentang perjalanan aktiviti ini.
Jungle Tracking berakhir. .
6:00 – 9:00 PM
Para peserta diberi rehat untuk aktiviti bersama fasilitator malam.
9:00 – 10:30 PM - LDK 2
Aktiviti 1 – Spontan
Aktiviti ini untuk melihat secara spontan pelajar apabila kita menyuruh mereka tampil secara spontan dengan melantik mengikut turutan.
1. Ketua kumpulan.
2. Penolong kumpulan.
3. Setiausaha.
4. Bendahari.
Para pelajar yang bersungguh untuk menjawab soalan yang diberi.
Aktiviti 3 – Cungkil Bakat Pemimpin.
Aktiviti 3 bertujuan untuk menerapkan element berani dan sporting dalam diri pelajar. Tapi nak jadi seorang pemimpin tak senang, mereka haruslah tampil kehadapan untuk membuktikan mereka seorang yang berani. Ketua fasilitator akan tanya soalan tertentu dan mereka akan tampil. Soalan yang ditanya bukan untuk memalukan mereka tetapi untuk mereka bersikap lebih berani.
Kesimpulan hari Kedua.
Kesimpulan dari Fasilitator tentang ialah dengan melakukan aktiviti seperti ini kita boleh nampakkan perangai masing – masing berbanding hari pertama pelajar sedikit bersifat malu-malu. Dari segi kerjasama kita boleh lihat apabila mereka saling berkerjasama antara kumpulan. Dalam aktiviti yang dilakukan kita boleh lihat keberanian mereka untuk tampil berbeza dengan hari pertama.
Kesimpulan dari pelajar pula mereka dapat melihat perubahan diri mereka. Mereka merasakan mereka lebih berkeyakinan dan hilang gementar apabila berada dihadapan. Tambahan pula, mereka dapat belajar kerjasama antara kumpulan dan menguruskan masa dengan betul.
Hari Ketiga (terakhir)
Pada jam 7:00 pagi hingga 10:00 pagi para pelajar diberi masa untuk bersiap dan kemaskan kemah untuk pulang ke tempat masing-masing.
10:00 – 12:00 AM
Majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & PSS dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih dari Guru SMK Chanis. Disusuli dengan ucapan oleh Pensyarah dari Politeknik Muadzam Shah dan bacaan Doa dari pelajar sekolah SMK Chanis. Seterusnya adalah ucapan penutup dari Pengetua SMK Chanis. Diakhiri oleh pembahagian hadiah kepada pemenang aktiviti dan cendarahati kepada para Fasilitator.
Barisan orang terpenting dalam program ini.
6.0 PENUTUP
Dengan program seperti ini kami dapat mencapai objektif progam iaitu merapatkan silaturrahim antara Fasilitator PRS dengan pelajar sekolah dengan mengadakan aktiviti yang menarik. Disamping, menarik minat para pelajar untuk memasuki Politeknik Muadzam Shah dan menyediakan satu platform untuk para ahli dan pelajar tersebut menunjukkan ciri kepimpinan. Oleh itu kami dapat melihat bahawa program seperti ini dapat mencapai sasaran dan objektif yang telah pun ditetapkan.
.
0 Komen:
Post a Comment