Thursday 5 April 2012

Delegasi PRSP PMS,PIS,PSIS

LAPORAN KUNJUNGAN DELEGASI ANTARA PMS , PIS , DAN PSIS
PADA 10 – 12 FEBUARI 2012

Pada hari jumaat  yang bertarikh 10.02.2012 telah diadakan satu kunjungan delegasi antara Kelab Pembimbing Rakan Siswa dari tiga buah politeknik . Antara politeknik yang terlibat adalah Politeknik Muadzam Shah , Politeknik Ibrahim Sultan , dan juga Politeknik Sultan Idris Shah . Ahli jawatankuasa dan ahli kelab Pembimbing Rakan Siswa Politeknik Muadzam Shah telah berkumpul di hadapan kafe utama pada jam 3.00 petang . Ahli yang terdiri daripada 23 orang telah diberikan satu borang untuk diisi oleh penasihat kelab iaitu Encik Affandi . Tepat jam 3.15 petang kami semua telah bertolak ke Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Bahru . Perjalanan yang memakan masa selama  5 jam telah kami lalui dengan pelbagai cabaran antaranya ialah ada pelajar mengalami muntah , pening , dan sebagainya . Setelah beberapa jam perlajanan, kami akhirnya telah tiba di destinasi yang ditunggu – tunggu selama ini iaitu di Politeknik Ibrahim Sultan , Johor Bahru dengan selamat . Kami disambut dengan penuh kegembiraan dan kedatangan kami disambut oleh beberapa orang  wakil politeknik tersebut . Mereka begitu ramah dan mesra melayan kami sehingga kepenatan yang dirasai hilang dek layanan tersebut . Sebelum dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk diberi tempat  penginapan , kami  diberikan sedikit penerangan ringkas mengenai aktiviti dan pembahagian tempat penginapan oleh ketua program yang juga wakil daripada Politeknik Ibrahim Sultan . Setelah selesai penerangan kami depecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan dorm oleh pihak tuan rumah . Setelah itu , kami dipanggil untuk supper  dan mengadakan sedikit perbincangan untuk persembahan di kantin politeknik tersebut . Selesai makan , peserta daripada Politeknik Muadzam Shah telah diberikan masa untuk mengadakan perbincangan mengenai persembahan untuk Malam Seribu Bulan . Kami yang terlibat dengan persembahan telah berlatih bersungguh – sungguh pada malam itu dan berbincang beberapa perkara  mengenai sesi diskusi yang akan diadakan . Selama 3 jam kami berbincang akhirnya kami pulang ke dorm masing – masing . Keesokan harinya seawal jam 5 pagi kami telah berkumpul di masjid utama untu menunaikan solat subuh berjemaah bersama – sama . Selesai solat berjemaah , kami bergerak ke kantin utama untuk sarapan . Tepat jam 9.00 pagi kami bergerak pula ke bilik seminar yang boleh memuatkan seramai 100 orang untuk slot yang pertama iaitu sesi pekenalan . Kami dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan . Setelah siap dipecahkan lelaki dan perempuan , kami diberi sedikit taklimat aktiviti oleh penasihat kelab dari Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Cik Farah . Setelah selesai kami diberikan aktiviti oleh Cik Farah iaitu satu permainan yang dikenali sebagai “Football” . Selain itu kami juga telah mengikuti sesi suaikenal .
Selepas itu pula , Cik Farah telah memberikan “ Kad Daun Terup “  untuk pembahagian kumpulan . Kami diminta untuk memilih kad tersebut dengan cara rawak dan akhir sekali kami diminta mengikut nombor dan simbol pada kad tersebut untuk menjadi kumpulan .

AKTIVITI MEMBUAT LAYANG – LAYANG PADA 11 FEBRUARI 2012 BERTEMPAT PADANG LAYANG LAYANG PASIR GUDANG , JOHOR BAHRU .
Pada hari khamis bertarikh 11.02.2012 , bertempat di Padang Layang- Layang Pasir Gudang , aktiviti menaikkan layang – layang telah diadakan bagi aktiviti riadah untuk program “Kunjungan Delegasi Pembimbing Rakan Siswa Politeknik ke Politeknik Ibrahim Sultan bersama Politeknik Sultan Idris Shah “. Setiap kumpulan yang terdiri dari pelajar PIS,PMS dan PSIS telah dibahagikan kepada 10 buah kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas majong , segulung kertas warna , beberapa batang lidi penyapu , tali , gam serta gunting .Aktiviti ini diketuai oleh PRS PSIS. Ketua setiap kumpulan akan diajar bagaimana untuk membuat layang- layang sebelum membuat bersama ahli kumpulan yang lain.
Aktiviti bermula pada pukul 5.30 petang sehingga pukul 6.45 petang.
                                                                                                                                                       
Gambar 1 : salah seorang ahli PRS sedang membetulkan tali layang-layang

Gambar2 : Ketua kumpulan sedang menerangkan cara hendak membuat layang – layang

MALAM 1000 BULAN PADA 11 FEBRUARI 2012 BERTEMPAT 
DEWAN UTAMA POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

 “ Malam 1000 Bulan “ diadakan untuk memperkembangkan kreativiti setiap ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik secara positif dan memperkenalkan energizer setiap Politeknik untuk dikongsi sesama ahli dari Politeknik yang lain . Selain itu ianya juga merangkumi daya pemikiran yang kreatif dan berinovasi  . Ini dapat ditunjukkan dengan adanya persembahan yang begitu menghiburkan serta memberi pengajaran yang berguna kepada peserta . Selain itu , “ Malam 1000 Bulan juga dapat membina semangat kerjasama dengan rakan – rakan baru serta meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kalayak ramai . Dengan adanya persembahan persembahan tersebut , kami lebih berkeyakinan dari segi komunikasi serta pergaulan . Selain itu juga kami dapat menyumbangkan idea kepada sesuatu perkara berdasarkan kreativiti tersendiri . Dengan bertukar – tukar pendapat , setiap ahli yang mengikuti delegasi ini berupaya  dan mempunyai kebolehan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik . Antara persembahan yang mendapat pehatian adalah persembahan dari Politeknik Muadzam Shah , yang berkisah mengenai seorang ibu yang tidak mengaku anaknya . Selain itu , Politeknik Sultan Idris Shah mempersembahkan satu koir  yang begitu semangat . Semua yang terlibat pada malam tersebut dapat merasai perhubungan silaturahim yang dijalinkan begitu erat .

0 Komen:

Post a Comment